Posts

Showing posts from August, 2018

Seminar Motivasi dan Bengkel UPSR

Image
TELOK PANGLIMA GARANG - 25.08.2018,Unit Kurikulum dengan kerjasam Persatuan Shasta Malaysia (Aiyappan Group) telah menganjurkan Seminar Motivasi dan Bengkel di dewan sekolah. Program Motivasi Belajar  “ Achieve Your Target”  bagi membantu murid-murid upsr agar meningkatkan prestasi pelajar berkenaan supaya dapat membuat persiapan minda dalam mencapai  kecemerlangan akademik dalam UPSR. Konsep program ini lebih memberi penekanan kepada memberi suntikan motivasi dan semangat yang berterusan dalam pembelajaran serta pendedahan teknik pembelajaran yang berkesan untuk diaplikasikan dalam rutin pembelajaran harian agar prestasi murid dapat ditingkatkan. Program ini telah dikendalikan oleh En.Siva dan ahli-ahli kumpulan (Motivator) dengan berkongsi Gaya Pembelajaran yang bersesuaian melalui Teknik VAK iaitu  Visual, Auditori, dan Kinestetik.   Teknik ini juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan otak kiri dan otak kanan sebagai medium terpantas bagi seseora