Seminar Motivasi dan Bengkel UPSR

TELOK PANGLIMA GARANG - 25.08.2018,Unit Kurikulum dengan kerjasam Persatuan Shasta Malaysia (Aiyappan Group) telah menganjurkan Seminar Motivasi dan Bengkel di dewan sekolah.
Program Motivasi Belajar Achieve Your Target” bagi membantu murid-murid upsr agar meningkatkan prestasi pelajar berkenaan supaya dapat membuat persiapan minda dalam mencapai  kecemerlangan akademik dalam UPSR.

Konsep program ini lebih memberi penekanan kepada memberi suntikan motivasi dan semangat yang berterusan dalam pembelajaran serta pendedahan teknik pembelajaran yang berkesan untuk diaplikasikan dalam rutin pembelajaran harian agar prestasi murid dapat ditingkatkan.
Program ini telah dikendalikan oleh En.Siva dan ahli-ahli kumpulan (Motivator) dengan berkongsi Gaya Pembelajaran yang bersesuaian melalui Teknik VAK iaitu Visual, Auditori, dan Kinestetik. Teknik ini juga turut memberi pendedahan kepada para pelajar dalam penggunaan otak kiri dan otak kanan sebagai medium terpantas bagi seseorang pelajar dalam mengingat, menghafal dan mempraktikkan dengan cepat apa yang telah dipelajari di samping memudahkan pelajar semasa mengulangkaji pelajaran. 
Di samping memberikan input berkaitan teknik pengurusan masa, emosi dan konflik.Melalui program ini, kelihatan 100 orang murid yang hadir lebih teruja setelah diberi pencerahan teknik pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka.Turut hadir murid-murid dari sekolah berdekatan seperti SJKT Sungai Manggis,SJKT Pulau Carey Barat dan SJKT Telok Datok.Program telah tamat pada pukul 5.30 petang dengan pemberian sijil penyertaan.









Comments

Popular posts from this blog

Rahsiah SJKT Telok Panglima Garang dalam sukan - Perancangan,Pengorganisasian,Kepimpinan dan Pengawalan

Melahirkan atlet pelapis SJKT Telok Panglima Garang- Penyelaras Dun Sijangkang Yang Berusaha Roznizan Bin Ahmad