Rahsiah SJKT Telok Panglima Garang dalam sukan - Perancangan,Pengorganisasian,Kepimpinan dan Pengawalan


SUKAN

Menurut Mull et all (1997),Sukan ditakrifkan sebagai aktiviti yang dimainkan secara koperatif @ kompetitif dalam bentuk permainan. “Koperatif dan kompetitif”merujuk kepada gaya dan tindakan dalam sukan. Ia juga merupakan tingkah laku asas manusia yang biasanya timbul semasa berinteraksi.

Adik Dinesh dan Adik Nisha

A)     PENGURUSAN SUKAN

Pengurusan adalah menguruskan segala tugas yang diamanahkan kepada seseorang guru di sekolah oleh pentadbir sekolah.Kemahiran pengurusan perlu dimiliki setiap guru di sekolah bagi menjayakan sesuatu program atau majlis dengan jayanya contohnya Kejohanan Merentas Desa,Hari Sukan,Majlis Pencapaian Hadiah,Anugerah Pencapaian Kokurikulum,Perkhemahan,Mesyuarat Agong PIBG,Penetapan Target UPSR,Perjumpaan Ibubapa  dan sebagainya.

Dalam pada ini,saya ingin menumpukan tajuk pengurusan dalam bidang sukan.Ada beberapa ilmuan telah memberi maksud dan penjelasan tentang pengurusan dalam sukan iaitu Mohd Saleh Aman, (2005)-Pengurusan merupakan proses bekerja bersama orang lain dengan menggunakan sumber optimum dalam persekitaran yang sentiasa berubah.Secara operasinya, pengurusan bermaksud “mencari cara atau menyelesaikan kerja”.Menurut William, Charlie dan Warren (1972)-Pengurusan ialah proses menggunapakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.Sehubungan itu,setiap guru perlu memahami fungsi pengurusan dalam mengorganisasikan sesebuah institut dengan cemerlang dan gemilang.Dibawah,saya telah menyatakan empat fungsi pengurusan dengan jelas.Maklumat ini saya telah ambil daripada pengurusan sukan bab 2 iaitu perancangan,pengorganisasian,kepimpinan dan pengawalan.

 En.V.Gopal - Jurulatih Merentas Desa Sekolah



1.      PERANCANGAN

Pemimpin sekolah iaitu guru besar sebagai ketua(penasihat) dan penolong Kanan Kokurikulum ialah pengerak dan pembuat perancangan.Ia melibatkan prosas menetapkan matlamat, mengenal pasti strategi dan membina perancangan untuk menyelaraskan aktiviti contohnya aktiviti-aktiviti atau pertandingan dalam sukan ,koakademik dan badan beruniform.Sebagai PK Kokurikulum perluah memberikan hala tuju organisasi,menyelaras dan mengorganisasi semua sumber yang perlu digunakan kapada subordinan iaitu setiusaha kokurikulum,setiausaha sukan,setiausaha 1Murid 1 Sukan,ketua-ketua sukan MSSD dan pertandingan-pertandingan koakademik supaya mereka dapat memahami dan menghayati perancangan ini.

Sehubungan itu,PK Kokurikulum juga membantu bagi memfokuskan segala usaha dalam organisasi supaya guru-guru akan memandu pasukan mereka laluan yang kearah kecemerlangan.Selain itu,PK Kokurikulum perlulah membantu pengurusan dalam pembuatan keputusan dan mengawal serta menilai prestasi organisasi.Contohnya seorang pemimpin sentiasa mendampingi dan memberi sokongan kepada guru-guru dalam hal mengambil keputusan.Disamping itu,selepas sesuatu pertandingan atau kejohanan yang telah disertai oleh pasukan sekolah,PK Kokurikulum mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua bagi berbincang prestasi pasukan,kekangan yang dihadapinya dan pencapaian.

2.      PENGORGANISASIAN

Proses penyusunan dan pengagihan sumber manusia dan sumber lain untuk melaksanakan tugas agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan. Pengorganisasian akan dapat menjelaskan tugas-tugas setiap individu dalam organisasi,mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab terhadap sesuatu tugas dan membentuk saluran komunikasi yang formal.Dalam pada ini,Pengurusan sekolah SJKT Telok Panglima Garang telah mengkaji dan menganalisis serta telah mengambil tindakan untuk  membangunkan modal insan bagi mencapai kecemerlangan organisasi mengikut kekuatan yang ada di sekolah. Pelbagai langkah diambil untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber manusia.
Pihak pengurusan sekolah membangun manusia melalui program terancang dan merangkumi setiap aspek pengurusan dalam sekolah.Contohnya sebagai PK Kokurikulum telah memberikan idea-idea dan mengendalikan beberapa bengkel mengenai teknik dan peraturan sesuatu sukan iaitu permainan Kabaddi,olahraga,hoki,bola sepak dan sebagainya.Dengan ini, guru-guru telah menonjolkan bakat dalam sukan-sukan tersebut iaitu En.V.Gopal, En.S.Selvam, En.R.Muniandy, En.V.Suppiah, Pn.P.Vimaleswary, Cik.R.Yogananthini dan sebagainya.Selain itu,Saya juga telah membuat keputusan dan menyusun semula struktur organisasi berdasarkan DG yang diperolehi.Contohnya setiap tugas penyelaras diberikan kepada guru-guru DG 44 keatas supaya mereka dapat menerajui bidang sukan kearah kecemerlangan.Ia juga mereka dapat menyumbangkan idea-idea kepada guru-guru bawahan DG 44.

3.      KEPIMPINAN
Kepimpinan merupakan satu proses dimana seorang pemimpin cuba mempengaruhi guru-guru dengan cara berkomunikasi, memberikan motivasi dan menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan tingkah laku guru-guru untuk menyelesaikan sesuatu tugas.Selain itu,kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada bagaimana dia boleh menyelesaikan sesuatu tugasan dengan baik tanpa mendatangkan konflik dikalangan guru-gurunya.Dalam pada ini,pimpinan di SJKT Telok Panglima Garang telah berubah dan sentiasa mengambil berat kebajikan guru-guru sukan supaya mereka dapat menyumbangkan kejayaan tidak terhingga.Sehubungan itu,saya sebagai PK Kokuriklum telah mengadakan Majlis Anugerah Kokurikulum setiap tahun.Dalam majlis itu, sekolah telah meraikan guru-guru yang membawa kejayaan dan juga murid-murid dengan gemilang.Contohnya Anugerah Tokoh Guru Sukan,Anugerah Amalan Terbaik,Anugerah Tokoh Sukan Murid dan sebagainya.Disamping itu,kegagalan guru merupakan juga kegagalan pemimpin juga.Disamping itu,anugerah-anugerah seperti ini telah membuahkan hasil yang cemerlang dalam Kejohanan Merentas Desa ke peringkat MSSM baru-baru ini.Dua orang muris telah mewakil negeri Selangor telah mencapai tempat ke 9 dan temapat ke 40.Prestasi ini amat mengembirakan pihak sekolah kerana inilah satu-satunya kejayaan pada awal tahun peringkat kebangsaan 2019.Saya juga telah mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada En.V.Gopal kerana menggembiling tenaga bagi melahirkan bakat murid-murid iaitu adik Nisha dan adik Dinesh.

4.      PENGAWALAN

Matlamat organisasi melibatkan proses pemantauan prestasi dan aktiviti, menilai pencapaian, membandingkannya dengan tahap standard dan mengambil tindakan jika perlu.Kawalan boleh wujud dalam dua situasi iaitu kawalan dalaman dan kawalan luaran.Kawalan dalaman wujud dari dalam individu tersebut bagaimana beliau mengawal dan menentukan prestasi diri sendiri.Kawalan luaran juga wujud apabila seseorang memberikan tekanan kepada prestasi dan tugasan seseorang.

Sehubungan itu,Sekolah  ini SJKT Telok Panglima Garang juga telah melahirkan murid-murid yang hebat dan cemerlang dalam sukan merentas desa ke peringkat kebangsaan iaitu dua orang murid telah mewakili kontijen negeri Selangor untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan-sukan Malaysia (MSSM) di Perlis,Kangar.Selain itu,dua orang murid telah menjuarai dan mendapat Gold Medal dan Silver Medal dalam International Taek Wondo Tournemat di Korea tahun lepas.Pasukan Hoki sekolah pula telah mendapat tempat ketiga dalam MSSD Daerah Kuala Langat baru-baru ini.Ada juga seorang pemain terbaik dalam Kejohanan Bola Sepak KATMO MSSD Bawah 10 tahun,tahun lepas,Pasukan Kabaddi telah mencapai kejayaan tempat kedua kategori perempuan dan temapat ketiga pasukan lelaki.ada yang banyak lagi.

KELLY, BLANTON DAN BERTEL (1990),Mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.
MOHD. SALLEH AMAN, (2005),Pengurusan Sukan sebagai satu proses mencari cara menentukan tanggungjawab dan mengendalikan sumber fizikal dan manusia dengan merancang dan mengawal perjalanan sukan bagi mencapai objektif organisasi.
Keseluruhanya,SJKT Telok Panglima Garang telah memandu wahana dalam trek yang betul dan menuju kearah kegemilangan tidak lama lagi dalam bidang sukan.

Dikarang oleh,
EN.NJ.Ramasamy-BA Hons, Dip Mange & Led
PK Kokurikulum SJKT Telok Panglima Garang.




 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018
 Anugerah Guru Inspirasi dalam Koku
 Anugerah Amalan Terbaik ketua-ketua sukan




Comments

Popular posts from this blog

Melahirkan atlet pelapis SJKT Telok Panglima Garang- Penyelaras Dun Sijangkang Yang Berusaha Roznizan Bin Ahmad

Seminar Motivasi dan Bengkel UPSR