PUKUL,LARI,JANGAN TANGKAP -Tingkatkan Kesihatan guru-guru di SJKT TPG


 Aktiviti  Permainan Raunders

Pada 17 Julai  2019, Kumpulan guru-guru dari SJKT Telok Panglima Garang telah menganjurkan Permainan Raunders bertempat di Padang Sekolah.




      Permainan Raundres merupakan usaha sama semua guru dalam aktiviti  1 Murid 1 Sukan. Seramai tiga puluh lapan murid  dari Darjah 4,5 dan 6 dan 20 orang murid yang terlibat dalam  permainan ini.
Acara bermula pada pukul 3.00 petang di padang sekolah.Guru-guru bermain  dengan bersemangat.Ada guru tidak pernah bermain permainan seperti ini.Aktiviti ini adalah satu galakkan kepada murid-murid dan juga guru-guru sekolah.Seorang guru mengatakan bahawa permainan ini telah memberi satu impak yang positif dan dapat memberi keseronokan hati serta kesihatan badan.



       Permainan ini dianjurkan dan dijalankan oleh Penyelaras iaitu En.V.Gopal.Disamping itu,segala teknik dan permarkahan dibimbing oleh En.Muniandy Rajoo.Pada masa akan datang,
PK Kokurikulum En.NJ.Ramasamy bersama Unit Kokurikulum akan menumpukan dan menganjurkan permainan-permainan seperti ini demi kesejahteraan dan kesihatan murid-murid dan guru-guru.








Disediakan oleh,                                                                                                            10 Julai 2019
Admin Unit Kokurikulum 2019


 Penjelasan lebih lanjut mengenai Permainan Raunders di bawah :-


Permainan Rounders

Permainan rounders adalah salah satu permainan yang menggunakan bola kecil. Permainan ini sangat membutuhkan kerja sama dan kekompakkan para pemain. Aturan-aturan yang ada dalam permainan ini, hampir sama dengan permainan kasti atau permainan kipers.

1. Teknik bermain Rounders

Ada tiga teknik bermain rounders, yaitu : melempar, menangkap, dan memukul bola.

A. Teknik melempar bola.

Dalam bermain rounders, pemain harus dapat menguasai teknik melempar bola dengan baik.

1) Melempar bola melambung.

Gerakannya

Berdiri santai, satu tangan memegang bola,
Posisi badan seorang ke arah sasaran lemparan,
Mata memandang ke arah sasaran lemparan,
Langkahkan satu kaki ke depan,
Lempar bola dengan cara mengayunkan tangan dengan kuat ke depan melewati samping kepala,
Lemparkan bola hingga melambung.

2) Melempar bola mendatar setinggi dada.

Gerakannya

Berdiri santai, satu tangan memegang bola,
Posisi badan seorang ke arah sasaran lemparan,
Mata memandang ke arah sasaran lemparan,
Langkahkan satu kaki ke depan,
Lempar bola dengan cara mengayunkan tangan dengan kuat ke depan melewati samping kepala,
Lemparkan bola mendatar setinggi dada.



B. Teknik menangkap bola.

Menangkap bola dapat dilakukan dengan kedua tangan atau satu tangan.
Teknik menangkap bola disesuaikan dengan arah datangnya bola, seperti melambung, mendatar, atau menyusur tanah.

1). Menangkap bola melambung.

Gerakannya

Badan berdiri tegak, langkahkan satu kaki ke depan,
Letakkan kedua telapak tangan saling berhadapan, dengan kedua lengan lurus ke atas,
Lihat arah datangnya bola,
Berlarilah sesuai dengan gerakan bola,
Tangkap bola.
2). Menangkap bola mendatar setinggi dada.

Gerakannya

Badan berdiri tegak, langkahkan satu kaki ke depan,
Letakkan kedua telapak tangan di depan dada saling berhadapan,
Lihat arah datangnya bola,
Ketika menangkap bola, kedua tangan ditarik ke arah dada.
3). Menangkap bola menyusur tanah.

Gerakannya

Langkahkan kaki kiri ke depan,
Lutut kaki kiri ditekuk, lutut kaki kanan menempel di tanah,
Kedua telapak tangan saling berhadapan dan berada di depan lutut kaki kanan,
Lihat arah datangnya bola.
Ketika bola datang, tangkap bola tersebut.

C. Teknik memukul bola.

Dalam permainan rounders, pemain harus dapat memukul bola.
Teknik memukul bola ada dua cara, yaitu teknik pukulan melambung dan teknik pukulan mendatar.



1). Pukulan melambung.

Gerakannya

Posisi kedua kaki terbuka,
Salah satu tangan memegang kayu pemukul dan tangan yang lain meminta bola melambung,
Kemudian pegang kayu pemukul dengan kedua tangan,
Badan menghadap ke arah datangnya bola, tangan yang memegang tongkat berada di arah yang berlawanan dengan posisi badan,
Ketika bolanya datang pukul bola sekuat-kuatnya,
Hasil pukulan diharapkan dapat melambung juga.

2). Pukulan mendatar.

Gerakannya

Posisi kedua kaki terbuka,
Salah satu tangan memegang kayu pemukul,
Tangan yang lain meminta bola mendatar,
Kemudian, pegang kayu pemukul dengan kedua tangan,
Posisi badan menghadap ke arah datangnya bola, tangan yang memegang tongkat berada di arah yang berlawanan dengan posisi badan,
Ketika bola datang pukul bola sekuat-kuatnya,
Ayunan kayu pemukul secara mendatar agar setelah dipukul bola bergerak mendatar juga.








Comments

Popular posts from this blog

Rahsiah SJKT Telok Panglima Garang dalam sukan - Perancangan,Pengorganisasian,Kepimpinan dan Pengawalan

Melahirkan atlet pelapis SJKT Telok Panglima Garang- Penyelaras Dun Sijangkang Yang Berusaha Roznizan Bin Ahmad

Seminar Motivasi dan Bengkel UPSR