Melahirkan atlet pelapis SJKT Telok Panglima Garang- Penyelaras Dun Sijangkang Yang Berusaha Roznizan Bin Ahmad


-SUKAN TAHUNAN SJKT TELOK PANGLIMA GARANG -03.03.2019

Melahirkan Atlet Pelapis -Yang Berbahagia Roznizan Bin Ahmad,Penyelaras DUN Sijangkang

Sekolah adalah antara institusi pendidikan yang boleh melahirkan atlet pelapis sehingga ke peringkat antarabangsa.Justeru, penglibatan pelajar dalam sukan tahunan sekolah merupakan detik permulaan sebelum mereka berjaya ke peringkat lebih tinggi.






Penyelaras DUN Sijangkang Yang Berbahagia Roznizan Bin Ahmad berkata, murid yang dikesan berbakat dalam bidang sukan di sekolah rendah perlu diberi peluang meneruskan kecenderungan ke peringkat seterusnya.Contohnya sekolah ini juga melahirkan murid-murid yang hebat dan cemerlang dalam sukan merentas desa ke peringkat kebangsaan iaitu dua orang murid telah mewakili kontijen negeri Selangor untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan-sukan Malaysia (MSSM) di Perlis,Kangar.Selain itu,dua orang murid telah menjuarai dan mendapat Gold Medal dan Silver Medal dalam International Taek Wondo Tournemat di Korea tahun lepas.Pasukan Hoki sekolah pula telah mendapat tempat ketiga dalam MSSD Daerah Kuala Langat baru-baru ini.Ada juga seorang pemain terbaik dalam Kejohanan Bola Sepak KATMO MSSD Bawah 10 tahun,tahun lepas.ada yang banyak lagi.

“Sukan merupakan satu program penting yang bukan semata-mata menentukan juara dalam setiap acara yang dipertandingkan namun dapat mendidik mereka melalui usaha gigih, semangat juang yang tinggi, displin diri, perancangan strategi yang rapi dan pengorbanan,” katanya ketika perasmian penutupan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Telok Panglima Garang,Banting Ahad lalu.

Acara berkenaan turut dihadiri lebih kurang 500 tetamu termasuk ibu bapa,bekas murid dan penduduk setempat.Dalam pada itu,Roznizan berkata, selain sesi pembelajaran dalam kelas, murid juga perlu didedahkan dengan aktiviti kokurikulum di luar kelas.“Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kebanyakan atlet negara memulakan langkah mereka ketika di bangku sekolah.“Bagi menghadapi cabaran masa depan murid harus dilengkapkan dengan nilai murni dan jati diri supaya boleh menjadi pemimpin pelapis akan datang,” katanya.Beliau juga mahu ibu bapa terlibat dalam acara berkenaan bagi mewujudkan hubungan baik antara komuniti sekolah.Beliau juga merakamkan tahniah kepada Guru Besar Cik.M.Vasuki,PK Kokurikulum En.NJ.Ramasamy,YDP PIBG En.M.Venmani dan Ketua Komuniti Dun Sijangkang En.Kamalanathan atas menjayakan sukan ini.











Comments

Popular posts from this blog

Rahsiah SJKT Telok Panglima Garang dalam sukan - Perancangan,Pengorganisasian,Kepimpinan dan Pengawalan

Seminar Motivasi dan Bengkel UPSR